1. Jika berjalan, dari
belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang
jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur,
kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya.
Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih
banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti
ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai
yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan
melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya
akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti
ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin
akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan
dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita
seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan
hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah
dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia
dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan
untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya
merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini
tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya
dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini,
dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika
melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke
belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang
mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan
wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata
